UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Awang Hashim,
Title :Pengkaedahan Melayu dalam kajian dan kritikan kesusasteraan Melayu Brunei (IR)
Year of Publication :2004
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Teori Pengkaedahan Melayu termasuk ke dalam golongan teori yang dikenali sebagai Grounded Theory atau “Teori Beralas / berlandas” yang terbentuk dari hasil penyelidikan bersifat kualitatif; dalamnya terbangun rumusan atau formula yang berapa prinsip-prinsip umum tentang karya atau teks sastera dan amalan-amalan yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu. Teori pengkaedahan Melayu tersebut tidak terbentuk daripada kekosongan, tetapi berlandaskan kepada kenyataan hidup dan agama bangsa Melayu serta sifat penciptaan kesusasteraan mereka. Kesusasteraan ini bertumbuh dan berkembang dalam bentuk-bentuk lisan dan tulisan sebagai hasil penciptaan dari kegiatan budaya. Sama seperti penghasilan-penghasilan budaya yang lain, penciptaan kesusasteraan ini terbentuk dan terpengarah khususnya oleh faktor-faktor sikap, kepercayaan, cara hidup dan anutan agama yang menjadi milik atau berada dalam jiwa bangsa Melayu. Penciptaannya tidak ditentukan atau diacuankan oleh unsur luar, atau masyarakat dan bangsa yang berada di luar lingkungan masyarakat dan bangsa Melayu. Ia terbentuk dan berkembang mekar serta megah dengan ciri serta fungsi yang tersendiri dan teristimewa, khusus dan jelas dalam lingkungan alam, nilai dan tradisi bangsa tersebut.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)